ISMP Sains Pertanian ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian adalah satu kursus di bawah Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Saya seorang mahasiswi ISMP Sains Pertanian di U.P.S.I. Jangan sebut UPSI tau. UPSI tu dikatakan ada membawa maksud yang kurang enak didengar kata orang la. Jadi kan lebih sedap kita sebutkan satu persatu huruf U.P.S.I tersebut.😊
Baiklah, berbalik ke topik asal kita. Kenapa kursus ini menjadi pilihan saya dan rakan-rakan sekursus dengan saya? Apa kelebihannya, kita jadi petani ya nanti? Nak jadi cikgu ke jadi petani ni? Mesti persoalan sebegini ada di fikiran adik-adik, abang dan kakak sekalian bukan?
Baiklah.. Faktor utama ialah berkaitan peluang pekerjaan. Persaing makin hari makin hebat bukan? Jadi, saya syorkan anda semua pilihlah satu kursus yang ada memberi jaminan dan peluang pekerjaan kepada kita. Antara kursus yang menjamin pekerjaan selepas graduate ialah:
1) kedoktoran
2) kejururawatan
3) pendidikan
4) farmasi
"Open market" dilampirkan selepas ISMP ( ) itu apa pula? Tak menjamin la tu?
Baiklah, open market tu anggap je satu cabaran dan kita kena tanam sifat bersaing secara sihat sesama kita.
TETAPI..
Buat setakat ni graduaan lepasan ISMP Sains Pertanian di U.P.S.I tiada lagi yang tak dapat "posting" buat setakat ni. Alhamdulillah.. Rezeki masing-masing. 😉
Faktor kedua ialah persaingan ke universiti.
Nak ikutkan hati ni, sememangnya saya nak masuk research universities seperti UM, UKM, USM, dan UTM. Oleh kerana saya memikirkan persaingan sangat senget saya lebih berminat untuk memilih universiti tempatan sebagai pilihan utama saya. Dengan pointer yang tak 4.0 ni, saya memilih jurusan yang saya minta dan pihak universiti akan terima jadi kursus ini menjadi pilihan hati. Hehe nak senangkan? 😄
Faktor ketiga ialah ingin meraih pointer yang tinggi dengan memilih kursus yang berkenaan. Saya lepasan Matrikulasi Perak, Program Satu Tahun, Asasi Sains. Hmm sememangnya bukan mudah nak score sewaktu di matrik dulu. Jenuh pulun. Haha. Alhamdulillah.. syukur dan sekarang saya mahu mencari jalan yang tidak se'tough' dulu in sha Allah. Semoga Allah mempermudah urusan. Aamin.
Alhamdulillah, sudah separuh sem dah saya berkecimpung dalam kursus ini, saya berasa sangat seronok dan bersemangat saing yang tinggi sebab yang bukan calang-calang orang tau yang dapat masuk kursus ni. Perghhh hebat-hebat semuanya tau. Fuuhh.
Cup cup
Apa korang ingat senang ke ISMP Sains Pertanian ni?
Orang yang hendak masuk kursus ni haruslah mempunyai asas biologi yang tip top tau. Kena belajar Biologi tau nanti. 😜
Haa cakap tau kata sesiapa yang pandang rendah kat kursus ni tau. 😊
Akhir kata, jangan dengar apa yang kata kat kursus ni. Mereka tak tahu, apa yang dibelajar oleh kami semua. Hehe. Kursus ni memang sangat menyeronokkan. Haa buktinya lihatlah post saya yang sebelum-sebelum ni punya. Seronok bukan? Haaa selamat berjaya semua memilih haluan masing-masing. Aamin..
*p/s: sebarang komen dan pertanyaan lanjut perihal kursus ini, sila letakkan komen anda di ruangan komen di bawah. Semoga tak sesat jalan, jika bertanya..😉
![]() |
cikgu di strawberry house😍 |
sekarang dah habis bljr ke sis? susah tak nak belajar bio tu? saya berminat nk ambik kos ni tpi tu la bio ni lemah sikit
ReplyDeletejangan risau cuma asas sahaja. contoh dalam transpirasi, respiration dan proses2 tumbuhan tu mmg wajib ada.
Deletesaya diploma perniagaan pointer 3.48 boleh ke ambik degree pertanian. bljar dlm bi ke
DeleteKos nie belajar dalam bahasa inggeris atau melayuu yee ?
ReplyDeletebahasa inggeris, tapi 80%,20% melayu.
DeleteMaaf, kat mana boleh taublebih lanjut tentang ismp sains pertanian?
ReplyDeletekalau awak nak tahu lanjut tentang ismp sains pertanian dengan lanjut, awak boleh try approach website UA yang ada menawarkan sains pertanian (education). Kalau upsi, boleh tanya saya. @fakhiraliyana_ (ig)/ Fakhira Liyana (FB)
DeleteDapat elaun ke course ni?
ReplyDeletetidak dapat pun hehe
DeleteAssalamualikum ,
ReplyDeleteSekiranya mengambil kursus ini secara PJJ adakah...
waalaikumussalam w.b.t, saya kurang pasti. itu kena berurusan dengan pihak akademik UA yang awak minta tu. setahu saya, semuanya full time degree, kalau ipts maybe ada yang menawarkan pjj, cuba awak try approach website ipt2
Deletesalam nak tanya , bengkel apa ye? dibawah jabatan sains pertanian U.P.S.I?
ReplyDeleteSis.. kalau saya amik diploma pengurusan ladang di uitm, bolekah saya amik degree ni?
ReplyDelete