Buat setakat ni, kos kami lah yang paling banyak keluar universiti. Pergi melawat dan terus melawat. Ke sana ke mari. Hehe
Mula-mula ke Cameron highland. Banyak tempat yang kami lawati. Happening punya pasal pergi mana-mana dengan orang tersayang jadi syok la, confirm.. bawa la kami ke mana-mana pun.😊
Dalam bulan yang sama, kami pergi melawat ke Tanam Botani Negara di Shah Alam. Perghhh memang nampak la ke kanak-kanak di situ. Berlari sana sini. Lastly, semua masuk bas dan zzzzzz semuanya termasuklah penulis ni haaa. Hahaha. Kepenatan lah katakan..😅
Dan yang terbaru, sebelum balik cuti mid sem, kami semua melawat ke Muzium Geologi di Ipoh. Haaa, mula-mula rasa dekat je perjalanan ke destinasi, rupa-rupanya perjalanan tersebut memakan masa 2 jam lebih juga walaupun satu negeri. Ceh. Sempat mata ni bermadu kasih dalam bas tu. Hehe. Kat sana, banyak lah memori telefon ku terisi dengan gambar selfie welfie bagai.
Walaupun nampak kami banyak enjoy tetapi banyak tau assignment yang dikirim berlonggok-longgok. Adui. Tak terbuat rasanya. Sabar jela. "Usaha tangga kejayaan" kan. Dari lawatan-lawatan tersebut input positif dan pengalaman banyak diperoleh. Alhamdulillah..
Akhir kata, walau susah mana pun laluan kita tempuhi, banyakkan lah berdoa dan bersabar.
"Setiap sesuatu pasti ada sesuatu" In sha Allah..
Semoga berjaya semua 🙋
No comments:
Post a Comment