Aku dan sayur memang tak boleh dipisahkan. Tapi, bendi.. adalah sayur yang aku kurang diminati kut. Kalau dah jodoh aku dengan bendi kan,, memang tak kemana la..haha.
Aku seorang pelajar sains pertanian (pendidikan) ye. In sha Allah, bakal cikgu. aamin.. Semasa sem 1, aku diberi tugasan kumpulan untuk menanam bendi di ladang.
Tersebut lah kisah bendi dalam blog aku ini.. Di sini aku lampirkan cara-cara menanam, tips penjagaan dan sedikit info tentang bendi. Apakah itu bendi??? jeng jeng jeeeeengggg
Menanam Bendi
Bendi yang juga dikenali sebagai kacang lendir kerana ia mempunyai lendir apabila dipotong adalah tumbuhan yang berasal dari Sri Lanka. Kini bendi ditanam di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropika. Bendi juga dikenali sebagai okra, gumbo, lady's finger. Nama latinnya ialah Hibiscus ensculentus.
Kacang bendi mempunyai khasiat yang banyak iaitu tenaga, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, natrium, beta karotena, vitamin B1, B2, niasin, dan Vitamin C. Kebiasaannya bendi tidak digemari kerana ia berlendir dan berserat. Itu adalah bendi yang dijual di pasaraya. Bendi berserat kerana ia dipetik apabila saiz telah besar dan lama disimpan sebelum tiba kepada pelanggan. Jika anda tanam sendiri, anda akan dapati bendi sangat enak dimakan terutamanya apabila dipetik muda dan terus dimasak.
Bendi sesuai ditanam di atas tanah atau dalam bekas atau pasu yang besar. Bendi perlukan banyak cahaya matahari. ia tidak memerlukan banyak air. Jadi, bendi mudah diselenggara jika anda menanam secara hobi dan sibuk dengan tugas harian.
Bunga bendi berwarna kuning dengan bahagian tengah berwarna hitam. Bentuk bunga adalah sama dengan bunga raya. Bunga bendi sangat cantik, oleh itu bendi juga sesuai ditanam sebagai pokok hiasan.
Penyediaan Tanah
Tanam bendi di kawasan tanah gembur atau lom yang kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran yang baik. Anda perlu bina batas. Tambahkan baja organik kira-kira 2 minggu sebelum menyemai. Jika tanam dalam bekas, gunakan tanah yang kaya dengan organik.
Benih
Benih bendi bewrna hitam atau kelabu tua. saiz benih beni adalah kira-kira 0.5 cm dan berbentuk bulat. Terdapat beberapa jenis bendi. Semua mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Menyemai
Rendam benih bermalam atau 1 hingga empat jam di dalam air suam untuk aktifkan benih dan cepatkan proses percambahan. Benih bendi akan bercambah antara 5 hari hingga 2 minggu selepas disemai.Tanam 2 biji benih ke dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan antara lubang kira-kira 40 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki).
Merumput
Anda perlu merumput jika perlu untuk pastikan tiada rumpai berdekatan pokok terutamanya ketika 2 bulan pertama.
Siram
Di musim kering, siram sekurang-kurangya sekali sehari terutamanya di waktu pagi.
Baja
Sekiranya anda tanam dalam tanah yang kaya dengan organik, anda tidak perlu menambah baja. Jika pokok kelihatan terbantut, baja dengan baja organik (misalnya tinja ayam) kira-kira 2 minggu sekali.
Makhluk Perosak
Bendi kadang-kadang diserang ulat pengorek buah. Kutip buah yang dijangkiti dan bakar. Bendi juga sering diserang ulat beluncas terutamanya pada daun. Kutip ulat dan musnahkan jika ditemui. Daun juga mungkin diserang kulat. Jika ini berlaku, potong daun yang diajngkiti dan bakar.
Buah
Bendi akan mula berbunga dan berbuah kira-kira 8 hingga 12 minggu selepas disemai. Pokok akan terus berbuah sekurang-kurangnya selama 2 bulan.
Menuai
Untuk rasa yang paling enak, petik buah apabila ia mencapai panjang 5 cm atau 2 inci. Bendi saiz ini lembut dan enak dimakan. Anda juga boleh makan bunga bendi sebagai salad atau ulam. Jangan biarkan buah bendi matang di pokok kecuali jika anda ingin dapatkan benih. Ini kerana jika buah matang di pokok, pokok tersebut tidak akan menghasilkan buah yang banyak.

Seronok menanam ini, lagi-lagi tatkala hasil tanaman kita mengeluarkan hasilnya. Looks my baby germinated. Wow! Syukur Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment