Tuesday, 15 December 2015

komponen, aplikasi, etika dan keselamatan komputer

Di akhir pembelajaran ini saya telah peroleh:

  1. mengetahui fungsi komputer.
  2. mengetahui pengkelasan jenis-jenis komputer berdasarkan penggunaannya.
  3. mengenali struktur dan komponen asas komputer melalui model Von Neumann.
  4. megenali aplikasi komputer dan peranannya.
  5. memahami konsep etika dan keselamatan komputer.
  6. mengetahui etika komputer yang telah dimaktubkan untuk individu dan organisasi.
  7. melayari internet dengan etika yang betul.
  8. menulis e-mel dengan etika yang betul.
  9. menjaga keselamatan komputer berpandukan aspek yang betul.
  10. mengenali ancaman-ancaman terhadap sistem komputer.
  11. menghormati peraturan makmal komputer.



ETIKA DAN KESELAMATAN KOMPUTER


APA ITU ETIKA?
  • Perkataan Greek "Ethos" - perwatakan peribadi
  • tingkahlaku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia.
  • prinsip-prinsip benar atau salah yang digunakan oleh individu dalam membimbing gelagat mereka.

10 ETIKA KOMPUTER:
  1. tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. tidal membelek fail komputer orang lain.
  4. tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
  6. tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  7. tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau sebarang bayaran.
  8. tidak menggunakan tanpa kebenaran hasil intelektual orang lain.
  9. memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET-LAMAN SEMBANG:
  1. jangan berikan maklumat peribadi diri anda, seperti nama penuh anda,nombor telefon peribadi, alamat rumah.
  2. elakkan dari mengatur pertemuan dengan kenalan yang baru ditemui di Internet.
  3. hindari dari menunjukkan gambar anda. Dalam dunia siber ini, seseorang yang berniat jahat boleh menjejaki anda walaupun hanya melalui gambar.

ETIKA PENULISAN EMEL:
  1. amalkan penggunaan bahasa yang baik.
  2. elakkan penggunaan HURUF BESAR dan menebalkan perkataan; penggunaan huruf besar dan tebal menggambarkan seolah-olah anda meninggikan suara dan memberi arahan kepadaa seseorang untuk melakukan sesuatu.
  3. jangan merahkan tulisan; tulisan merah menunjukkan yang anda marah dan tidak suka kepada penerima e-mel.
  4. periksa ejaan.
  5. pilihan tetapan 'font'; contohnya, Times New Roman, Arial dan Verdana.
  6. periksa tanda baca.

ETIKA DI LAMAN RANGKAIAN SOSIAL:

  1. memilih rakan/followers yang relevan.
  2. berkongsi maklumat yang sahih dan positif.
  3. tidak bersembarangan "tagging" dan "check in".
  4. tidak berkongsi gambar yang sensitif.
  5. tidak berkongsi gambar yang sensitif.
  6. tidak ,encipta identiti palsu.
  7. tika Like dan Unlike sesuka hati.

ETIKA PENULISAN BLOG:
  1. bertanggungjawab dengan tulisan anda.
  2. menulis berdasarkan fakta dan sumber sahih.
  3. gunakan bahasa yang baik.
  4. elakkan daripada menulis isu-isu sensitif yang boleh mengugat keharmonian negara.
  5. elakkan "copy-and-paste" entri pihak lain secara keseluruhan tanpa izin.
  6. jangan menabur fitnah.


No comments:

Post a Comment